Jadikan Diri Anda Seorang SAHABAT Yang Hebat!
Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa
pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya.
Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba
yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah
menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.
menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.
Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat
Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya
disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini
adalah peminum arak”.
Orang yang taat kepada Allah sangat gembira
kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu
hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya
yang diheret ke neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku,
kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.
Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya,
maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya,
“Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu
masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak
dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu
ke syurga dan melayani kamu”.
Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak
mahu masuk ke syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara
yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku maha mengetahui apa-apa yang ada di dalam
hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui
sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke
syurga dan mengapakah kamu ingin ke neraka”?
Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke syurga
sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka.
Dahulunya aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta
pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada
kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke
neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya”.
sahabat sejati
Kemudian kedengaran seruan Allah yang
maha memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak
suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu
di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari
saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah
mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selama 70
tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabatmu itu dan Aku
telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.
Dari Nu’man bin Basyir r.a.,
Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam
cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila
satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan
tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa
al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan
rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual
minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan
anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi
pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau
busuk.”
Seorang bijak pandai berpesan kepada
anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat
dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti
berikut
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- · Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- · Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- · Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- · Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- · Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- · Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- · Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
- · Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- · Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- · Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- · Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- · Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
- · Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan