Mampukah Aku Kahwin Awal???
‘’Mampu ke aku Kahwin
dengan umur yang masih muda ini?”
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam
usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka
aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku
.” HR. Ibnu ‘Addi.
Untuk mendapat keberkatan
dalm perkahwinan,pendek kata setiap pasangan haruslah mengamalkan konsep wasatiah.
Wasatih bererti, perlu bersederhana
dalam segala tindak-tanduk:
- Sederhana ketika bertunang dan bernikah
- Sederhana dalam perbelanjaan hidup berumah tangga
- Sabar menghadapi karenah pasangan
Masing-masing wajib
mempelajari ilmu untuk membentuk perkahwinan yang bahagia. Misalnya, si suami
tidak menganggap isteri sebagai pembantu rumah dan berkuasa menyuruh melakukan
semua perkara. pada masa yang sama juga, si isteri tidak meminta sesuatu yang sememangnya tidak mampu diadakan oleh
suaminya. Perkahwinan yang diredhai biasanya akan membuka pintu rezeki dan
kehidupan akan menjadi bahagia.
Lazimnya, selepas
berkahwin pintu rezeki akan terbuka luas dan hati bertambah gembira. Kita biasa
melihat pasangan yang baru berumah tangga akan sentiasa tersenyum dan ada juga yang
berterus terang berkata ‘’kalau aku tahu dari dulu dah lama aku
kahwin...bahagianya!”
Jodoh
Bila membiacarakan soal
jodoh dan rezeki, terdapat hadis qudsi yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan
muslim iaitu sejak awal terciptanya qalam ALLAH S.W.T. sejak permulaan
menciptakanya,ALLAH telah berfirman:
‘’Tulislah’’,ia (qalam) bertanya, ‘’wahai
Rabbku, apa yang harus aku tulis?’’
ALLAH berfirman: Tulislah
segala sesuatu yang terjadi.’’ Kemudian
dia (Qalam) menulis segala sesuatu yang terjadi sampai hari kiamat. Lalu ALLAH
memerintah malaikat unutk menulis empat perkara iaitu ajal,rezeki,amal,celaka
atau berunutng. Menurut ulama ahli sunah, yang dimaksudkan rezeki itu mencukupi
rezeki zahir dan rezeki batin. Manakala rezeki batin ialah JODOH.
ALLAH telah menjanjikan
suatu pertolongan kepada orang yang ingin berkahwin dalam suruh an-Nur ayat 32:
"Dan kahwinkanlah
......." hingga akhirnya merupakan satu perintah supaya mengahwinkan.
Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka
berdalilkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Wahai sekalian pemuda,
barangsiapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka
hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan
pandangan dan menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah
ia berpuasa kerana ia (puasa itu)
menjadi penawar baginya. - dikeluarkan dalam sahihain daripada hadith ibnu
Masood. Terdapat dalam Sunan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Kahwinilah (perempuan) beranak banyak, sesungguhnya aku berbangga
mempunyai umat yang ramai di hari Qiamat.
"Al-Ayaama" adalah perkataan jama'
bagi perkataan "ayyim".
Digunakan untuk perempuan yang tidak mempunyai suami atau untuk lelaki yang
tidak mempunyai isteri samada ia pernah berkahwin kemudian bercerai atau yang
belum berkahwin lagi.
Firman
Allah Taala " إِنْ
يَكُونُوا
فُقَرَاء
يُغْنِهِمْ
اللَّه
مِنْ
فَضْله
" "Jika mereka itu miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurnia-Nya." Berdasarkan ayat ini, berkata Ali b. Abi
Talhah daripada Ibnu Abbas; Allah Taala
menggesa mereka supaya berkahwin dan memerintahkan orang merdeka dan hamba
supaya dikahwinkan serta menjanjikan mereka dengan kekayaan. Berkata Ibnu Abi
Hatim, Abu Bakar As-siddiq berkata : Taatilah kamu akan Allah pada apa yang Dia
arahkan supaya bernikah, kamu akan peroleh kekayaan sebagaimana yang
dijanjikan. Daripada Ibnu Masood; Carilah kekayaan dalam pernikahan. Daripada
Abu Hurairah R.A. berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga hak ke atas Allah menolong
mereka; orang yang ingin kahwin yang mahukan memelihara kesucian diri, hamba
mukatab yang mahu merdeka dan pejuang di jalan Allah."- diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, Tarmidzi, An-Nasaaie dan Ibnu Majah. Nabi S.A.W. telah
mengahwinkan lelaki itu yang tidak mempunyai apa-apa kecuali kain sebarnya,
tidak mampu mengadakan sebentuk cincin besi, meskipun begitu Nabi S.A.W. tetap
mengahwinkannya dengan seorang perempuan dan mensyaratkan maharnya ialah
mengajarkan perempuan itu Al-Quran.
Nyatakanlah bahawa
jodoh,rezeki,ajal dan maut adalah ketetapan ALLAH S.W.T. setiap perkara yang
berlaku atau bakal berlaku telah tertulis di lohmahfuz sejak dahulu lagi. Apabila
ALLAH tidak mengizinkan keinginan kita terhadap seseorang,sudah tentu ia
sesuatu yang terbaik kerana ALLAH Maha mengetahui.
Oleh itu memberi alasan
tiada jodoh atau belum ada rezeki, eloklah difikirkan semula jawapan yang
diberikan. Mungkin jawapan yang seterusnya ialah, ‘’semua ini adalah rahmat
daripada ALLAH S.W.T.’’ bercintalah hingga kesyurga.usah matikan ia sebelum
tiba kedestinasinya. In sya allah...
Rujukan:Kahwin pada usia
muda by Fuad Hj. Sam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan