Ahad, 21 Julai 2013

RAMADHAN BULAN KEMULIAAN…
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan-rakan,moga kita menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna, perbanyakkanlah amal ibadah kita pada bulan yang mulia ini, cukupkan solat lima waktu, perbanyakan berzikir,berselawat dan bersedekah. Tiada saat yang dinanti,  kecuali datangnya bulan mulia yang penuh berkah dan ampunan ini  "selamat berpuasa, mohon maaf Zahir & batin" 
Makna Ramadhan
     Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”.
     Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”.
    Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.”
 
   Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya
Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya” (Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)                                     
Maksud Puasa
Bahasa- Menahan diri daripada sesuatu.
Istilah- Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.
Firman Allah Taala yang berbunyi :
Maksudnya  : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku."  (Hadith riwayat Muslim)
Syarat Sah Puasa


Islam, Mumayyiz, Suci daripada hadas dan nifas, Puasa pada hari-hari yang dibolehkan, tidak boleh puasa pada 2 hari raya dan hari tasydiq.
Syarat Wajib Puasa


Islam, Mukallaf, Baligh/Berakal, Waras
Rukun Puasa
  1. Niat di dalam hati , niat ini diwajibkan pada tiap-tiap malam,  kerana ibadat puasa pada tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan adalah perbuatan yang terpisah di antara hari dengan hari yang lain .
  2. ,Menahan diri daripada makan dan minum atau memasukkan sesuatu pada rongga tubuh badan
  3. Menahan diri daripada melakukan persetubuhan atau mengeluarkan mani dengan tangan ( Onani ) dan sebagainya  
  4. Menahan diri daripada memuntahkan makanan dengan segaja
Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
  1. Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja
  2. Memuntahkan makanan dengan sengaja.
  3. Jimak (Bersetubuh)
  4. Keluar Mani dengan sengaja.
  5. Gila .
  6. Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.
Amalan Nabi Ketika di Bulan Ramadhan
  1. Membaca al-Quran
  2. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
  3. Qiamullail
  4. Solat tarawih
  5. Mengerjakan umrah
  6. Zakat fitrah
Kisah Bulan Ramadhan
  • Ramadhan merupakan bulan yang wajib berpuasa keatas semua umat Islam yang mukallaf
  • Kota Asqolan ditawan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada bulan Ramadhan
  • 17 Ramadhan-Perang Badar,perang pertama bagi umat Islam dan kemenangan berpihak kepada org Islam
  • 10 Ramadahan-Rasul dan para sahabat berjaya membuka kota Mekkah tanpa pertumpahan darah
  • bulan Ramadhan dikurniakan padanya malam Lailatul Qadar yang bersamaan dengan seribu bulan pahala ibadat
  • 21 Ramadhan-pembunuhan seorang sahabat nabi, Ali bin Abi Talib, kahlifah ke-4 umat Islam
  • 15 Ramadhan-serangan balas Panglima Saifuddin Qutuz, berjaya menyekat kemaraan tentera Mongol di lembah Ain Jalut
  • Perang 10 Ramadhan-tentera Mesir berjaya menawan semula semenanjung Sinai daripada penguasaan Israel dengan laungan ‘Allahu Akbar’
  • 28 Ramadhan-tarikh pembukaan kota Andalusia oleh Toriq bin Ziyad


 Pada-Mu Ya Allah atas segala nikmat yang telah kuterima dan nikmat yang akan datang esok, lusa, dan nanti. Nikmatmu yang tak putus-putus merupakan bentuk kasih sayang-Mu Ya Allah. Dan ampunilah segala dosa yang terdapat pada diriku ini. Di bulan Ramadhan ini, aku memohon ampunan-Mu…Amin..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan