KASIHNYA IBU MEMBAWA KESYURGA…
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah
aku harus
berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab,
‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi
wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’
Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’
Nabi shalallahu
‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971
dan Muslim no. 2548)
- Ibu, Malaikat yang Dikirim Tuhan untuk Menjagamu..
- Jika kita memiliki seribu nyawa lalu menaruhkan kesemua nyawa tersebut kepadanya , maka nyawa tersebut masih tidak cukup untuk membayar jasa-jasanya.
- Seorang ibu tidak mengharapkan kekayaaan harta mahupun meletakan dunia diatas tangannya sebaliknya cintanya kepada agama,tutur kata yang halus,kesopanan serta mempunyai sikap bertangungjawab…itu sudah memadai dan merupakan kebahgiaan terbesar bagi seorang ibu.
Ada
3 Mata Yang Tak Dijilat Api Neraka.
- Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
- Membaca quran sehingga menitis air mata.
- Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.
Coretan
Hati
Sebagai seorang
anak seharusnya kita mendoakan kedua ibu bapa yang masih hidup mahupun yang
telah tiada.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal
dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya
kecuali tiga iaitu :
- Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
- Ilmu yang di menfaatkan dan
- Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya
Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas
sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun
pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih
hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik
kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya
dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan
penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan
seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.”
(Surah Luqman, ayat 14)
Kisah
Seorang Anak Yang Taat Kepada Ibunya
Rasulullah
S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan
lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais
al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia.
Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di
zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa
untuk kamu berdua.”
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu
sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta
daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah
kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W,
Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali.
Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke
Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata
kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di
kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang
berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari.
Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat
mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun
untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih
kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya
sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais
bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar
agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang
miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada
zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu
menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah
sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari
dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk
menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu
untuk membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin
uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama
dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor
anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah
kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu
di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung
anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu
itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya
setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat
dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang
mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk
lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik,
pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais
seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu
sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat
hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit
setiap hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai musim
haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa
ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah
dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan
seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan
dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan
memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf,
Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya
dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula
dengan dosa kamu?”
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya
engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa
kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam
saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke
syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan
melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta
oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang
dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia
berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada
badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta,
hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit
syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana
permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan
yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya
kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau
berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia.
Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi
orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan
Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh
Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan
mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina
Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah
kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya
kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka
berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika
itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?”
“Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat
kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah
orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang
amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di
bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan