Mimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Sabda
Rasulullah saw:
من رآني في المنام فسيراني في اليقظة
ولا يتمثل الشيطان بي
ولا يتمثل الشيطان بي
Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud:
‘Siapa yang melihatku dalam mimpi, maka beliau
akan melihatku secara yaqozoh (dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak
menyerupai aku.’(Riwayat Imam Bukhari:
Hadis Sohih)
Syaitan dijadikan dari api dan boleh berupa menjadi manusia,
lelaki atau perempuan. Setengah ulama kata syaitan tidak boleh menyerupai Nabi
Muhammad s.a.w. Setengah ulama kata syaitan tidak boleh menyerupai mana-mana
Nabi. Bila syaitan berupa menjadi manusia, ia tiada lurah hidung. Kerana itu
orang yang menyimpan misai hendaklah menampakkan lurah hidungnya.
Mimpi melihat Rasulullah itu betul, tetapi percakapan Nabi
dalam mimpi tiada jaminan. Ia bergantung kepada percakapan itu selagi tidak
bertentangan dengan syarak.
Ustaz Harun Din- Pengalaman Mimpi Bertemu Rasulullah S.A.W.
Lafaz selawat yang sahih:
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, fi l-`alamin, innaka hamidun majid
[Al-Muwatta'/ 459, sahih], [Ibnu Hibban/ 1958, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, fi l-`alamin, innaka hamidun majid
[Al-Muwatta'/ 459, sahih], [Ibnu Hibban/ 1958, sahih]
Habib Husain As-Saqqaf
menceritakan dalam pengajian online kitab Bidayah Al-Hidayah:
Ada salah seorang dari
masyayikh (guru) kami, setiap hari beliau akan mimpi Rasulullah s.a.w. Pada
suatu hari, setelah beliau duduk menonton berita bersama keluarga dan tidak
disengajakan pembaca berita itu merupakan seorang perempuan yang tidak memakai tudung…
kemudian pada malamnya, beliau tidak melihat Rasulullah dalam mimpinya dan
berlarutan hingga beberapa hari. Beliau menangis2 hingga 1 hari Rasulullah saw
datang dalam mimpinya dan menegur: ’Aku
tidak hadir dalam mimpimu kerana pada malam itu matamu melihat pembaca berita
itu.’
Ya Allah…bagaimanalah
mata ini tidak dihijabkan dari melihatnya…
Kita akan dapati bahawa
ada di antara ulama yang tidak mahu melihat wanita secara direct walau dalam
jemaah besar. Kekadang kita ingat mereka buat sedemikian untuk ‘menjaga’…bagi
alfaqir bukan itu saja… mungkin juga kerana mereka itu ingin menjaga mata
mereka yang pernah melihat Rasulullah saw agar tetap terus tidak diharamkan
untuk melihat Rasulullah s.a.w.
Habib
Umar pernah menceritakan dalam sebuah pengajian:
Pada
suatu hari, seorang lelaki soleh mentarbiyah anaknya dengan menahan anaknya
dari mendapatkan air. Ia ke sana ke mari untuk mendapatkan air, tetap tidak
berjaya. Untuk beberapa hari beliau hidup dalam kehausan. Kemudian, pada satu
ketika sedang beliau bangun dari tidurnya… ayahnya melihatnya dia melakukan
sesuatu yg seolah-olah beliau itu memegang bekas air dan meminumnya
sepuas-puasnya (mcm mengigau).
Tanya si
Ayah: ’wahai anakku, apa yang engkau buat ini?’
Si anak
berkata: ’Aku ternampak seolah-olah di depanku bekas air yang besar, jadi aku
meminumnya.’
Kata si
Ayah: ’Begitulah keadaannya jika engkau mahu melihat Rasulullah s.a.w (sama ada
secara mimpi/yaqozoh).’
Kelebihan orang yang mimpi Nabi
Besar
kelebihan orang yang mimpi Nabi. Ulama kata akan mati dalam iman dan dimasukkan
ke dalam syurga.
Amalan untuk dapat ziarah Nabi
dalam mimpi
Setengah
ulama menyuruh baca Al-Kautsar 1,000 kali satu malam, bacalah hingga 2-3 malam.
Setengah ulama suruh banyakkan selawat ke atas Nabi. Surah Al-Kautsar
menceritakan hubungan khusus Nabi s.a.w dengan Allah, orang yang benci Nabi
akan terputus rahmatnya dari Allah:
Al-Kauthar [3] Sesungguhnya orang yang
bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang
diingininya).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan