Cinta Dengan Sebenar benarnya Cinta...!
Cinta dari Pandangan Islam
Apa itu cinta? Kata cinta dalam
Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti
yang sama iaitu menyukai, senang,menyayangi.
Menurut
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang bertajuk ‘Cinta dan Rindu Menurut
Al-Quran dan As-Sunnah’, beliau menyatakan bahawa pengertian cinta amatlah luas
dan mendalam kerana ia berkait rapat dengan hati manusia. Di dalam Islam, cinta
terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, cinta kepada Allah dan Rasul, kedua
cinta kepada sesama manusia dan makhluk lain dan ketiga, cinta kepada diri sendiri
Kita tinggalkan dahulu kisah cinta yang fana….Al hub
baina makhluk,cinta yang paling indah adalah cinta kepada
Allah.benar!rasakanlah saat cinta-NYA mula menyetuh sanubarimu….dunia ini
terasa luas sekali…jiwa terasa lapang…dan wajah pun,mula mekar berseri-seri.
Sayidina Abu
bakar RA berkata:
“barangsiapa merasakan lazatnya cinta yang suci murni kepada
Allah,tentu perkara itu lebih menarik perhatiannya berbanding mencintai
keduniaan”
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga
perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia
memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai
daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata
kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat)
sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih
Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Mengapa Perlu Mencintai Rasulullah?
“YA RASULULLAH, sungguh engkau lebih kucintai
daripada diriku dan anakku,“ kata seorang sahabat suatu hari kepada Rasulullah
Muhammad SAW.“ Apabila aku berada dirumah, lalu kemudian teringat kepadamu,
maka aku tak akan tahan memendam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang
wajahmu. Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, karena
aku tahu bahawa engkau pasti akan masuk ke dalam syurga dan berkumpul bersama
nabi-nabi yang lain. Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam syurga,
aku bimbang tak akan dapat lagi melihat wajahmu, karana darjatku jauh lebih
rendah dari darjatmu.”
Mendengar
kata-kata sahabat yang demikian mengharukan hati itu, Nabi tidak memberi
sembarang jawaban sampai malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah berikut
:
Dan barang siapa
yang menaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan
orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; yaitu nabi-nabi, para
shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang
sebaik-baiknya (QS. 4:69)
Ketika Allah mewajibkan umat manusia untuk
mencintai Nabi Muhammad SAW, maka instruksi tersebut jelas bukan sebuah
perintah tanpa tujuan. Karena mustahil Allah akan memerintahkan sesuatu yang
sia-sia. Tetapi tujuan tersebut juga bukan sesuatu yang kepentingannya akan
kembali kepada Allah atau Rasul-Nya, karena Allah SWT Mahakaya dari perlu pada
sesuatu, dan Rasul-Nya juga tidak perlu pada minat tertentu. Dengan demikian
mencintai Rasulullah adalah sebuah perintah yang manfaatnya semata-mata untuk
kepentingan manusia itu sendiri. Lalu, apa manfaat dari mencintai Rasulullah ?
Ada manfaat yang
instant dan ada juga yang jangka panjang. Diantara manfaat yang segera kan kita
rasakan adalah terpautnya hati ini pada pribadi Muhammad SAW. Apabila kita jujur
dalam mencintai Muhammad, maka hati kita akan merindukan Muhammad; sama persis
seperti tokoh kita diatas merindukan Rasulullah. Bezanya adalah dia dapat mengubati
rindunya dengan mendatangi Muhammad secara langsung. Sementara kita mengubati
rindu dengan hanya menyebut-nyebut namanya. “Barang siapa mencintai sesuatu
maka dia akan menyebut-nyebutnya.” Kata Imam’Ali bin Abi Thalib kw.
Apabila kita
jujur dalam mencintai Muhammad, maka jiwa kita akan terbentuk dan tercermin
pada jiwa Muhammad SAW. “Bukti cinta adalah mendahulukan sang kekasih di atas
selainnya,” begitu kata Imam Ja’far Ash-Shadiq.
''Cinta Sesama Manusia'' Kalimah 'Cinta' sudah tidak asing lagi di telinga kita.Apatah lagi di kalangan remaja kerana sudah menjadi tanggapan umum bahawa cinta bermaksud ungkapan rasa sepasang merpati dua sejoli yang mabuk dilanda asmara.Bila menyebut cinta, sering kali terbayang di kepala kita pasangan-pasangan kekasih sehidup semati seperti 'Romeo and Juliet', 'Laila dan Majnun', "Uda dan Dara", dan sebagainya.Jalaludin Ar-Rumi menggambarkan akan kerana indah dan asyiknya cinta itu, sehingga syaitan pun dianggap bidadari.Yang pasti,sudah ramai orang yang berbahagia kerana cinta,namun tidak kurang juga yang menderita kerana penangan cinta.Cinta dapat membuatkan seseorang itu menjadi mulia, dan cinta juga mampu membuatkan seseorang itu menjadi hina.
Melihat kepada sirah Rasulullah bagaimana Siti Khadijah ra.ha mendapat kemuliaan kerana berkorban apa saja untuk membantu perjuangan sang kekasih yang sangat dicintainya iaitu Rasulullah s.a.w.Banyak lagi kisah-kisah cinta zaman nabi yang boleh kita jadikan contoh teladan dalam memaknai erti Cinta seperti kisah cinta "Zulaikha dan Nabi Yusuf", "Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis", "Nabi Ibrahim dan Siti Hajar" dan lain-lain.Semuanya berkisar tentang Cinta dan pengorbanan kerana Allah swt. Sebaliknya di zaman kita ini, ada di antara gadis-gadis sanggup menjadi hina dengan menyerahkan maruah mereka kepada orang yang mereka cintai.Adakah itu dinamakan cinta atau nafsu semata? Dan terlebih hina lagi hingga sanggup "mencabut nyawa sendiri" lantaran gagal dalam bercinta.Cinta yang sedemikian inilah yang membuatkan seseorang itu hina di dunia dan di akhirat.Nauzubillahhi min zalik..
"CINTA" dari segi
bahasa bermaksud kecenderungan.Berpandukan kepada maksud ini "CINTA"
bolehlah didefinisikan sebagai "kecenderungan yang kuat terhadap sesuatu
yang disayangi sehingga membuatkan dia sentiasa membayanginya, menyebut
namanya, rela berkorban deminya, menerima sepenuh hati segala yang ada pada
insan yang dicintainya itu walaupun terdapat kekurangan padanya dan meluahkan
semuanya melalui ungkapan kata-kata dan perbuatan".
Bolehkah Kita Bercinta???
"BERCINTA" itu
perlu untuk mengenali lebih detail pasangan yang akan anda kahwini untuk
mengelakkan anda tersilap membuat keputusan mengahwini pasangan yang tidak
sesuai untuk anda, tetapi wajib menjauhi segala larangan dalam Islam sepanjang
tempoh tersebut. MENGENALI LEBIH DETAIL BUKAN BERMAKNA seperti PERLU BERAMAH-MESRA
umpama suami isteri, tetapi dalam tempoh berkenalan tersebut, lakukan
UJIAN-UJIAN TERSIRAT/TERSEMBUNYI untuk anda kenali bakal pasangan anda kerana
memang sudah lumrah manusia masing-masing akan cuba menyembunyikan segala
keburukannya....
Bercinta Boleh Tapi Jangan Bercouple !!!
DIBOLEHKAN "BERCINTA" TETAPI WAJIB MENJAUHI SEGALA LARANGAN ALLAH.
"BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN" dan sebagainya mempunyai takrifan
berbeza dan sangat subjektif merujuk kepada setiap individu.
PERKATAAN "BERCINTA", "BERCOUPLE","BERPASANGAN"
lebih elok jika KETIGA-TIGA PERKATAAN TERSEBUT diistilah kepada perkataan "BERKENALAN" cuma "ISTILAH BERCINTA DI DALAM BLOG SAYA INI" bermaksud ianya "BERKENALAN DENGAN LEBIH DEKAT YANG SEADANYA SAHAJA" cukup hanya untuk mengenai secara amnya ciri-ciri pasangan yang ingin kita jadikan PASANGAN HIDUP tetapi DENGAN SYARAT WAJIB MENJAUHI SEGALA YANG HARAM DAN MENDATANGKAN MAKSIAT, cukuplah jika kita umpama jika "BERCINTA" pun cukuplah jika DOS perasaan CINTA tersebut adalah sama sahaja seperti DOS SAYANG kita kepada saudara sejenis dan seISLAM dengan kita atau perasaan CINTA TERSEBUT sama seperti CINTA KITA KEPADA GURU-GURU YANG TELAH MENDIDIK KITA dan WAJIB tidak lebih daripada itu...
JANGAN JADIKAN "BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN" ITU DIHIASI BUNGA-BUNYA NAFSU SYAHWAT DAN MAKSIAT. JIKA TIDAK MAMPU MENJAUHI SEGALA YANG DILARANG OLEH ALLAH WALAUPUN SEKELUMIT KETIKA "BERCINTA" , SENANG SAHAJA PENYELESAIANNYA, JANGAN BERCINTA!!!
Sebelum mengambil keputusan untuk mengahwini calon pasangan hidup kita, pastikan kita telah kenal sedalamnya bakal pasangan kita jika mampu sehingga hampir 50-70% baik buruknya terutamanya agama, akhlak dan sebagainya supaya tidak tersalah pilihan....
Saya juga bersetuju jika maksud/definisi "BERCINTA", "BERCOUPLE","BERPASANGAN" tersebut
ditukar definisi dan berlandaskan asas kepada taaruf TETAPI berkenalan
dengan lebih mendalam (iaitu bukan hanya
setakat berjumpa di rumah ibu bapa wanita tersebut kemudian lihat dengan
sepintas lalu bakal pasangan kemudian terus mengikat tali pertunangan jika
berkenan. Seeloknya berkenalan dahulu dalam tempoh masa yang sesuai untuk kita
mengenali baik buruk bakal pasangan kita tersebut dan JIKA mampu kenali
baik buruk pasangan sehingga 50%-70% sebelum memutuskan untuk bertunang kerana
seeloknya kita tidak mahu pertunangan tersebut putus dan sehingga menimbulkan
fitnah seperti sehingga orang di sekeliling bercakap"mesti ada
"benda" yang menyebabkan perempuan tu putus tunang" )tetapi
WAJIB bertunjangkan SYARIAT AGAMA ISLAM DAN MENJAUHI YANG DIHARAM iaitu:-
i) KENAL -
Kita di suruh KENAL pasangan terlebih dahulu
bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati
budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, carilah orang
yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan juga keperibadiannya.
ii) KELAS
Kita kenal tetapi kita kena
bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan
hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban
sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana
golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka
yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam
Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan
saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.
iii) KUFU
Kufu amat diberatkan, dari
segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbangkan. Jika
terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama
supaya tidak wujud jurang yang dalam.
iv) KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih
atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua
belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum
berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis……
“Tidak ada yang lebih baik
bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan
perkahwinan.”
Andaikata lelaki itu
berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi
mengikut syariat Islam. Rasulullah bersabda:
“Pergi lihat dahulu wanita
itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara
kamu.”
Kalau kawan tolong canang
kata begitu dan begini amat susah juga. Sememangnya terdapat “Orang
-orang yang benar benar redha dengan pasangan yang ditentukan oleh Allah tetapi
pokok pangkalnya banyak terletak pada HATI kaum lelaki”.
Kalau tak berkenan, jangan
dipaksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok-pondok. Kasih yang
dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
iv) REDHA
Redha terhadap pasangan
masing-masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya:
“Apakah kamu redha dengan
pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan
dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan
pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”
“Apa yang di katakan baik
bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang dimaksudkan sanggup
mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”
Ujian-ujian tersirat perlu dilakukan untuk anda bongkar rahsia pasangan anda mengenai 4 perkara penting iaitu:-
i) AGAMANYA - Sejauhmanakah dia berpegang pada AGAMA
ISLAM???
ii) RUPA PARAS - secara
DALAMAN serta LUARAN kerana menjadi lumrah manusia mencinta sesuatu yang CANTIK
serta berperangai mulia.
iii) KETURUNAN -Kahwinilah pasangan anda jika dia
terdiri daripada keturunan yang BAIK, bukan dari keluarga yang porak-peranda
dan berpecah-belah serta bersifat buruk.
iv) HARTA - Carilah
pasangan yang berkemampuan daripada segi harta terutamanya bakal suami kerana
mereka yang akan memegang tanggungjawab besar mencari nafkah untuk keluarga.
TETAPI, pilihlah AGAMAnya sebagai faktor
utama....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan