Khamis, 21 November 2013

'Penghulu Segala Hari’.


'Ramai diantara kita yang masih tidak menyedari bahawa banyak kelebihan mahupun keberkatan pada hari jumaat iaitu Penghulu Segala Hari. Jika kita menyusul atau mengikuti segala yang diajar oleh nabi tercinta kita Nabi Muhammad S.A.W  in sya allah.. segala jalan kita didunia mahupun diakhirat  akan dipermudahkan dengan segala urusan.

Sabtu, 7 September 2013


KASIHNYA IBU MEMBAWA KESYURGA…

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’”                                                   (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)  

  • Ibu, Malaikat yang Dikirim Tuhan untuk Menjagamu..
  • Jika kita memiliki seribu nyawa lalu menaruhkan kesemua nyawa tersebut kepadanya , maka nyawa tersebut masih tidak cukup untuk membayar jasa-jasanya.
  • Seorang ibu tidak  mengharapkan kekayaaan harta mahupun meletakan dunia diatas tangannya sebaliknya cintanya kepada agama,tutur kata yang halus,kesopanan serta mempunyai sikap bertangungjawab…itu sudah memadai dan merupakan kebahgiaan terbesar bagi seorang ibu.

Ahad, 21 Julai 2013

RAMADHAN BULAN KEMULIAAN…
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan-rakan,moga kita menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna, perbanyakkanlah amal ibadah kita pada bulan yang mulia ini, cukupkan solat lima waktu, perbanyakan berzikir,berselawat dan bersedekah. Tiada saat yang dinanti,  kecuali datangnya bulan mulia yang penuh berkah dan ampunan ini  "selamat berpuasa, mohon maaf Zahir & batin" 

Rabu, 19 Jun 2013


Solat Dalam Peperangan(Solat Khauf) 



(Kongsi cerita) > Alhamdulillah sempat juga aku pelajari solat dalam peperangan ketika menjalani latihan ketenteraan yang di ajar oleh ustaz Abu salam(ustaz dari sekolah agama) dan ustaz Farhan (KAGAT). Yg paling kelakar sekali ketika mengajar, ustaz Abu Salam la.. mcm2 ‘Action’ yg dibuat mcm tu la mcm ni la pelatih2 yg lain ketawa ja tengok aksi ustaz tu , walaupun tak dapat banyak apa yang di ajar, tapi bolehhh la.. faham la  juga dari baca ja kan.. hahahaha :)  dan dan dan lagi Pehhh.. yg tak tahanya, dibuatnya waktu subuh di tengah padang kawad dalam keadaan hujan renyai-renyai… mengeletar kepala lutut ni hah.. :) Tapi alhamdulillah banyak agama yang aku pelajari yang penting ikhlas jengjengjengjeng :) :) :)… (memoyo seketika)

Selasa, 19 Mac 2013


IMAN MAHADI 

Daripada  Ummu Salamah R.anha,aku mendengar Rasulullah S.A.W  bersabda: ‘’Al Mahdi itu adalah daripada keterunanku,iaitu daripada anak Saidatina Fatimah”

Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : “Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu”. Hadith riwayat Na’im bin Hammad

Khamis, 14 Mac 2013

WAKTU2 AFDHAL BERDOA

Sungguh berbeza Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan makhluk-Nya. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lihatlah manusia, ketika ada  orang meminta sesuatu darinya ia merasa kesal dan berat hati. Sedangkan Allah Ta’ala mencintai hamba yang meminta kepada-Nya. Sebagaimana perkataan seorang penyair:

Allah murka pada orang yang enggan meminta kepada-Nya, sedangkan manusia ketika diminta ia marah

Rabu, 13 Mac 2013


PERBEZAAN ANTARA AGAMA ISLAM DENGAN AGAMA SYI'AH,

 
    Dikalangan kita Banyak yang mengatakan bahawa Syiah itu sebahagian dari islam ternyata SALAH.  Ternyata syiah bukan islam, Syiah Punya agama tersendri. Berikut ini adalah perbezaan yang sangat menonjol di antara agama Islam dengan agama syi'ah, yang dengannya mudah-mudahan kaum muslimin dapat mengetahui hakikat sebenarnya ajaran agama syi'ah.