Seindah Perhiasan...
Daripada Abdullah bin Amr
r,a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dunia
merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik
di dunia ialah wanita yang solehah.”(Riwayat Muslim)
Bagi bangsa Yunani, wanita adalah kotoran dan setengah dari wujud syaitan kerana ia harus menanggung dosa moyangnya, Hawa.
Bagi bangsa Romawi, wanita dianggap
seperti tawanan yang boleh diperlakukan sesuka hatinya.
Dalam hukum Hamurabi, wanita dipandang tidak lebih sekadar barang mainan seperti kenderaan dan lainnya.
Kaum Yahudi lain pula, mereka
memandang wanita sebagai laknat yang wajib dijauhi dan tidak dapat dipercayai
untuk menjaga rahsia atau tugas tertentu.
Kaum Nasrani juga memberikan hukum
yang cenderung menghina, melecehkan dan membenci kaum wanita.
Di sebuah wilayah Perancis tahun
1281, diadakan persidangan berkisar wanita dengan tema “Wanita, Manusia atau
Bukan Manusia” sehingga melahirkan sebuah keputusan ‘wanita adalah manusia yang
sengaja diciptakan untuk melayani lelaki’.
Dalam persidangan Macon yang membahas
jati diri wanita, apakah wanita hanya sekadar jasad tanpa roh? dan salah satu
butir keputusan menyebutkan, ‘semua wanita tidaklah memiliki roh keselamatan
dari seksa neraka, kecuali Bonda Maria’.
Dalam undang-undang Inggeris pada
tahun 1805, wanita tidak diakui sebagai sebahagian dari warganegara dan tidak
memiliki hak peribadi.
Kedudukan wanita dalam masyarakat Arab
Jahiliyyah juga tidak lebih baik daripada pandangan bangsa-bangsa lain
yang diringkaskan dengan:
- Wanita dilarang mendapat hak waris
- Tidak ada batasan jumlah isteri
- Tidak ada batasan jatuh talak
- Isteri termasuk harta peninggalan suami
- Mengubur hidup-hidup anak perempuan
- Kelahiran bayi perempuan merupakan aib
- Praktik pernikahan istibdha’
- Praktik pernikahan syighar
Ketika ajaran Islam muncul, semua
belenggu yang merendahkan wanita itu dihancurkan. Kehormatan dan nilai-nilai
kemanusiaan wanita pun dikembalikan. Wanita ditempatkan sebagai makhluk
meredeka dan mulia.
(Ringkasan mukaddimah kitab Fiqh al-Mar’ah al-Muslimah
min al-Kitab wa al-Sunnah karangan Dr. Abdul Qadir Muhammad Mansur)
kisah
para wanita yang disebutkan dalam Al-Quran baik ia dinyatakan secara langsung,
mahupun tidak langsung .. secara ringkas mereka adalah;
Siti
Hawa,
wanita pertama yang Allah ciptakan untuk menemani Adam as. Makhluk yang mampu
memikul amanah memberikan ketenteraman bagi para suami, melalui perkahwinan.
Siti
Sarah,
wanita cantik yang pertama kali beriman kepada dakwah Nabi Ibrahim. Keteguhan
imannya kepada Allah dan ketaatan pada suaminya di uji ketika ia digoda oleh
seorang Raja yangkaya raya untuk berzina, tetapi ia tetap berpegang teguh pada
keimanan dan ketaatan pada suaminya.
Siti
Hajar,
wanita yang cantik yang terkenal kerana keteguhan keiman, ketakwaan dan
tawakalnya kepada Allah. Sehingga hal itu di abadikan oleh Allah dalam salah
satu dalam syariat haji. Iaitu, sa'i, berlari-lari kecil antara bukti shofa dan
marwa.
Asiah, isteri Firaun.
Seorang isteri yang solehah dari Raja dan pemerintah yang sangat kejam.
Kesolehannya dan keteguhan imannya, membuat ia di tunjuk oleh Allah untuk
melindungi Musa kecil dari perintah pembunuhan yang di serukan oleh suaminya
sendiri iaitu Firaun kepada semua bayi laki-laki yang lahir pada waktu itu. Dan
keimannya kepada Allah sama sekali tidak terjejas, walaupun ia hidup di dalam
persekitaran yang musyrik kepada Allah
Ibunda
Musa,
adalah ibu yang rela berkorban demi keselamatan anaknya, sangat sabar dalam
membesarkan anaknya, walaupun ia harus rela melepaskan anaknya untuk di angkat
oleh asiyah.
Ratu
Balqis,
seorang wanita penguasa yang kaya raya yang dapat menakluk kesombongannya
dirinya untuk menerima kebenaran yang datang dari Allah melalui Dakwah Nabi
Sulaiman as. Dirinya tidak ragu-ragu untuk meninggalkan kekafiran dan mengikuti
dakwah Nabi Sulaiman as, untuk menyembah Allah swt dan hidup sesuai dengan
syariat yang ditetapkan oleh Allah.
Maryam, adalah satu contoh
wanita solehah yang lahir dari keluarga yang soleh, Keluarga yang di abadikan
dalam Al Quran melalui surah Ali Imran. Maryam sendiri, di abadikan oleh Allah
melalui surat Maryam. Keteguhan dan ketakwaannya kepada Allah dalam menjalani
kehidupan membuat dirinya dijadikan contoh oleh Allah untuk kaum wanita pada
umumnya.
'Aisyah, adalah isteri
Rasulullah saw yang dengan kesabarannya dan keteguhannya bertawakal kepada
Allah dalam menghadapi fitnah dan ujian yang sempat melanda rumah tangga yang
disebarkan oleh kaum munafiq pada waktu itu. Keteguhannya dan kesabarannya
diabadikan oleh Allah yang boleh kita dapati dalam surat Annur ayat 11 -14,
yang sekaligus membebaskan 'Aisyah dari tuduhan yang tidak benar terhadap
dirinya.
Al
Quran juga mengabadikan kaum wanita yang ingkar, agar apa yang mereka lakukan
dapat dijadikan pengajaran bagi kaum sesudahnya, mereka adalah;
Isteri Nabi Nuh, Isteri Nabi Lut, adalah
wanita-wanita derhaka. Walaupun mereka adalah isteri para Nabi, tetapi, mereka
mengambil pilihan untuk mendurhakai Allah dan para suami mereka.
Demikian
pula dengan
Zulaikha Isteri Firaun, yang
cuba membuat fitnah yang besar terhadap nabi yusuf. Kisah yang sarat dengan
hikmah tentang pengendalian diri dari hawa nafsu, menjauhi zina, dan hal lain
yang boleh membawa keburukan jika kaum wanita terjerat di dalamnya.
Wanita-DeHeart:
Sebenarnya keindahan bukan
semata-mata dilihat dari segi lahiriah dan zahir semata-mata tetapi lebih
daripada itu memerlukan keindahan dalaman yang mewakili hati dan akhlak serta
budi yang luhur apatah lagi dipasakkan dengan keimanan sejati. Inilah yang
hakiki patut didambakan oleh kita semua kerana ia sudah pasti menatijahkan
kebahagiaan hidup di dunia seterusnya berlangsungan hingga ke akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan