'Penghulu Segala Hari’.
'Ramai diantara kita yang masih tidak menyedari bahawa banyak kelebihan mahupun keberkatan pada hari jumaat iaitu Penghulu Segala Hari. Jika kita menyusul atau mengikuti segala yang diajar oleh nabi tercinta kita Nabi Muhammad S.A.W in sya allah.. segala jalan kita didunia mahupun diakhirat akan dipermudahkan dengan segala urusan.
“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum
kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani
memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah
untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan
Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat.
Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat
yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.”
(Hadis
Riwayat Muslim r.a.)
Daripada Abu
Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari
itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada
Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman
meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR
Muslim)
Solat Jumaat
pertama kali adalah ketika muncul perintah dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad,
ketika beliau masih berada di kota Mekkah dan sedang dalam persiapan untuk
melakukan hijrah atau perjalanan ke bandar Madinnah.Dinukil dari Fiqih Islami
wa Adillatuhu , disebutkan bahawa solat Jumaat
sudah diwajibkan ketika Nabi Muhammad S.A.W berada di Makkah , sebelum terjadi Hijrah.
Seperti yang diriwayatkan oleh Daruquthni dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ' Anh :
" Nabi
Muhammad S.A.W dibenarkan untuk
melaksanakan Solat Jumaat sebelum melaksanakan Hijrah. Akan tetapi , kaum
Muslimin tidak boleh berkumpul di Makkah, maka Nabi
Muhammad S.A.W menulis surat kepada
Mush'ab bin Umair yang berada di Madinah: ' Amma ba'du , perhatikanlah pada
hari ketika orang- orang Yahudi mengumumkan untuk membaca kitab Zabur di hari
Sabtu - nya ! Kumpulkanlah wanita -wanita dan anak-anak kamu ! Jika siang telah
condong separuhnya , di tengah siang hari Jumaat, mendekatlah kepada Allah
dengan dua rakaat .
- Memperbanyakkan selawat Nabi.
(Shohih. HR.
Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa'i)
- Mandi Jumaat
Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim
lelaki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang
sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat.
Adapun tata cara mandi Jumaat ini seperti halnya mandi janabah biasa.
Rasulullah bersabda yang ertinya, "Barang
siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah." (HR. Bukhari dan Muslim)
- Menggunakan minyak Wangi
(HR. Bukhari
dan Muslim)
- Segera Berangkat KeMasjid
(Lihat Fathul Bari II/388)
- Solat Sunat Ketika Menunggu Imam Atau Khatib
- Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
- Solat Sunat Setelah Solat Jumaat
(HR. Muslim,
Tirmidzi)
- Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda
yang ertinya, "Barang siapa yang membaca surat
Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat."
(HR. Imam Hakim
dalam Mustadrok, dan beliau menshahihkannya)
Inilah yang
seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi
Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam ketika di hari Jumaat. Semoga kita
menjadi hamba-Nya yang senantiasa di atas sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqomah
di atas jalan-Nya.
Apakah hujah azan Jumaat sebanyak dua kali?
Pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab, azan untuk solat Jumaat hanya sekali sahaja, iaitu setelah khatib duduk, selepas memberi salam untuk berkhutbah.
Pada zaman Sayidina Uthman bin Affan, beliau menambah satu lagi azan iaitu sebelum khatib naik ke atas mimbar. Dengan itu, azan Jumaat menjadi dua kali. Ijtihad ini adalah kerana beliau melihat orang Islam semakin ramai dan ada di kalangan mereka yang tinggal jauh. Tujuannya ialah untuk memberitahu bahawa solat Jumaat akan dilaksanakan.
Cara perlaksanaan ini telah menjadi kebiasaan dipraktikkan di Malaysia dan negaranegara Islam lain di seluruh dunia sejak dari zaman Sayidina Uthman lagi. Dalam Sahih Bukhari dijelaskan:
Dari Sa’ib berkata:
“Aku mendengar dari Sa›ib bin Yazid, beliau berkata: Sesungguhnya azan pada hari Jumaat pada asalnya ketika masa Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Abu Bakar dan Umar dilakukan ketika imam duduk di atas mimbar. Tetapi, pada masa kekhalifahan Uthman dan kaum Muslimin sudah ramai, maka beliau memerintahkan agar diadakan azan yang ketiga (ruj899).
Azan tersebut dikumandangkan di atas Zaura’ (nama
pasar). Maka tetaplah hal tersebut (sampai sekarang).”
Atas dasar itu, Syeikh Zainuddin al-Malibari mengatakan bahawa sunat mengumandangkan azan dua kali. Pertama sebelum khatib naik ke atas mimbar dan yang kedua dilakukan setelah khatib naik di atas mimbar:
وَيسَُنُّ أَذَاناَنِ لِصُبْحِ وَاحِدٍ قَبْلَ ٱلْفَجْرِ وَآخَرَ بَعْدَهُ فَإِنْ إِقْتَصَرَ فَٱأَوْىل ىل بَعْدَهُ، وَأَذَاناَن لِلْجُمُعَةِ أَحَدَهُمَا بَعْدَ صُعُودِ ٱلخَْطِيبِ ٱلمِْنر بَ وَٱآلخَرَ ٱلَّذِي قَبْلَهَُْ
“Disunatkan azan dua kali untuk solat Subuh, iaitu sebelum fajar dan setelahnya. Jika hanya mengumandangkan satu kali, maka yang utama dilakukan setelah fajar. Dan sunat dua azan untuk solat Jumaat. Salah satunya setelah khatib naik ke mimbar dan yang lain sebelumnya.” (ruj900)
Walaupun azan tersebut tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, ijtihad Sayidina Uthman tersebut tidak pernah dibantah oleh para Sahabat Nabi yang lain. Inilah yang disebut dengan “Ijmak Sukuti”, iaitu satu kesepakatan para Sahabat Nabi terhadap hukum dengan cara tidak mengingkarinya. Mereka berdiam diri menunjukkan mereka bersetuju dengan hukumnya.
Dalam kitab al-Mawahib al-Ladunniyyah disebutkan:
ثُمَّ إنَِّ فعِْلَ عُثمَْانَ كَانَ إِم جَاعًا سُكُوتيًِّا لألأنَهَُّمْ ا ل ينُكِرُونهَُ عَلَيْهَِِِْ
“Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Sayidina Uthman itu merupakan “Ijmak Sukuti” kerana para Sahabat yang lain tidak menentangnya.” (ruj901)
Timbul persoalan, apakah perbuatan itu tidak mengikut sunnah Rasul صلى الله عليه وسلم? Jawapannya, ia mengikut sunnah Rasul صلى الله عليه وسلم kerana mengikut para Sahabat (umpamanya Sayidina Uthman bin Affan), juga bermakna mengikut Rasulullah .صلى الله عليه وسلم
Sabda Rasulullah :صلى الله عليه وسلمفَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتيِ وَسُنَّةِ ٱلخُْلَفَاءِ ٱلرَّاشِدِينَ مِن بَعْدِي
“Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin sesudah aku.” (ruj902)
Dalam kitab Tanwir al-Qulub disebutkan:
قَالَ ي ف تَنْوِيرِ ٱلقُْلُوبِ مَا نَصُّهُ: فَلَمَّا كَر ثَ ٱلنَّاسُ ي ف عَهْدِ عُثْمَانَ أَمَرَهُمْ بآِذَانٍ آخَرَ عَلَى ٱلزَّوْرَاءِ وَٱسْتَمَرَّ ٱلأ لأمَْرُ إِىل ىل زَمَنِنَا هَذَا، هَذَا ٱلأ لأذَاَنُ لَيْسَ مِنَ ٱلْبِدَعِ لألأنَهَُّ ي ف زَمَانِ ٱلخُْلَفَاءِ
ٱلرَّاشِدِينَ لِقَوْلِهِ: فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتيِ وَسُنَّةِ ٱلخُْلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ
“Disebutkan dalam Tanwir al-Qulub yang teksnya sebagai berikut: Ketika orang sudah ramai pada zaman Uthman, beliau mengarahkan mereka untuk azan lain di Zaura’, dan berlanjutanlah perlaksanaan itu sehingga zaman kita ini. Azan (sebelum khatib naik di atas mimbar) ini bukanlah bid'ah kerana ia sudah ada pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin merujuk kepada sabda Rasulullah :صلى الله عليه وسلمفَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتيِ وَسُنَّةِ ٱلخُْلَفَاءِ ٱلرَّاشِدِينَ
“Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa› ar-Rasyidin sesudah aku.” (ruj903)
Dalam kitab Fath al-Mu’in disebutkan:
وَيُسَنُّ أَذَاناَنِ لصُِبْحٍ وَاحِدٌ قَبْلَ الفَْجْرِ وَآخَرُ بَعْدَهُ، فَإِنِ اقْتَصَرَ اَلأَوْىل ىل بَعْدَهُ، وَآذَاناَنِ لِلْجُمْعَةِ أَحَدُهُمَا بَعْدَ صُعُودِ الخ لخطَِيبِ ام لِنر بَ وَاْآخَرُ قَبلَهُلَْْْ
“Dan disunatkan azan dua kali untuk solat Subuh; sebelum fajar dan sekali selepasnya. Jika hanya dikumandangkan sekali, maka yang lebih aula (utama) ialah azan selepas fajar. Dan sunat dua azan untuk solat Jumaat; salah satunya setelah khatib naik ke atas mimbar dan yang lain sebelumnya.”
(ruj904)
Dalam kitab al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan disebutkan oleh pengarangnya:
“… Dan berdasarkan apa yang telah dibentangkan dahulu, kita mengetahui bahawa azan kedua pada solat Jumaat adalah sunnah Sayidina Uthman … Dan sesungguhnya telah terdiri Ijmak Amali dari zaman para Sahabat sehinggalah ke hari kita ini menerima azan kedua. Maka orang yang memusuhi pendapat ini dan mengingkarinya, maka sesungguhnya dia mengingkari ijmak dan syiar Islam dan telah diredhai para ulama sepanjang zaman, dan dikhuatiri akan berlaku ke atasnya perkara-perkara yang bahaya kerana keingkarannya ini.
Dan kita, masjid-masjid kita di Kaherah, kita dapati ada dua azan (pada solat Jumaat). Begitu juga kita dapati dua azan ini di Masjidil Haram, sebaik-baik masjid, juga di Masjid Sayidina Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sehinggalah ke hari ini. Moga-moga Allah memberi rezeki kepada umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم agar sentiasa diberi taufik dalam perkara syarak. Dan Allah sahajalah Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Mengetahui.”
(ruj905)
Syeikh Yusuf al-Qaradawi pernah ditanya tentang adakah perbuatan mengadakan tazkirah selepas solat Jumaat termasuk dalam perkara bid'ah, beliau menjawab:
“Wahai saudaraku, bukanlah semua perkara baru yang dibuat selepas Rasulullah itu adalah bid'ah secara mutlak. Pada hari ini umat Islam telah banyak membuat perkara-perkara baru
yang tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah tetapi tetap tidak dianggap bid'ah seperti perbuatan Sayidina Uthman yang mengadakan azan yang lain (dua kali) pada hari Jumaat
ketika keadaan manusia yang semakin bertambah, dan bandar (al-Madinah) semakin luas.” (ruj906)
Tentang perbuatan Sayidina Uthman mengadakan dua kali azan ini adalah ijtihad beliau sendiri dan sekali gus menjadi sunnah beliau dan ia adalah disepakati oleh para Sahabat yang lain pada ketika
itu (ruj907). Oleh itu, mengatakan ia sebagai bid'ah adalah sesuatu yang sangat janggal sekali. Golongan yang sering mempersoalkan perkara-perkara sebegini sering kali menjadikan dua Tanah Haram; Makkah dan Madinah sebagai contoh, tetapi dalam hal azan dua kali pada hari Jumaat ini, di Makkah, Madinah dan
Riyadh umpamanya, masih lagi mengamalkannya sehingga sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan