Solat Dalam Peperangan(Solat Khauf)
(Kongsi cerita) > Alhamdulillah sempat juga aku pelajari
solat dalam peperangan ketika menjalani latihan ketenteraan yang di ajar oleh
ustaz Abu salam(ustaz dari sekolah agama) dan ustaz Farhan (KAGAT). Yg paling
kelakar sekali ketika mengajar, ustaz Abu Salam la.. mcm2 ‘Action’ yg dibuat
mcm tu la mcm ni la pelatih2 yg lain ketawa ja tengok aksi ustaz tu , walaupun tak
dapat banyak apa yang di ajar, tapi bolehhh la.. faham la juga dari baca ja kan.. hahahaha :) dan dan dan lagi Pehhh..
yg tak tahanya, dibuatnya waktu subuh di tengah padang kawad dalam keadaan
hujan renyai-renyai… mengeletar kepala lutut ni hah.. :) Tapi alhamdulillah banyak
agama yang aku pelajari yang penting ikhlas jengjengjengjeng :) :) :)… (memoyo seketika)
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjama`ah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan hartabenda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina. (Surah an-Nisa’ :102)

Syarat-syarat solat:
- Hendaklah bilangan tentara Islam itu lebih banyak
- Tidak dikhuatiri tentera musuh mampu membuat serangan hendap ketika sembahyang berlangsung .
- Hendaklah bilangan tentera Islam itu dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian (iaitu lebih daripada (6 orang).
"Dari
Abu Bakrah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. pernah mengerjakan sembahyang takut
dengan orang-orang yang ada bersamanya dua rakaat dan dengan orang yang datang dua
rakaat pula, maka sembahyang Nabi s.a.w. adalah empat rakaat dan bagi mereka
yang datang dua rakaat pula."
Perkara yang membatalkan
Solat:
- Menjerit dan melaung ( sekiranya tidak diperlukan )
- Gerakan-gerakan yang banyak yang tiada kaitan dengan peperangan
- Darah yang banyak tidak menjejaskan sembahyang ( di sisi mazhab Maliki tetapi imam Syafie ia membatalkan sembahyang kecuali kerana terpaksa atau darurat ) maka ianya dimaafkan.
Cara
1
: Usfan.
Solat cara pertama ini hanya dapat dilakukan jika musuh
berada di arah kiblat, tentera islam lebih ramai daripada tentera lawanya dan
tiada sesuatu yang dapat menjadi penghalang (seperti dinding) di antara tentera
musuh dan islam:
Buat 2 saf dgn
diimamkan olh seorang imam. Setelah iman selesai membaca fatihah dan surah,imam
rukuk dgn diikuti olh makmum di kedua-dua saf.apabila imam turun kpd sujud,hnya
saf pertama sahaja sujud bersama imam di dlm iktidalnya.
Apabila imam dan saf
yg pertama berada pd rakaat yg kedua barulah saf yang kedua maju kehadapan
& saf yg pertama undur kebelakang tanpa melakukan perbuatan yg banyak
seperti 3 langkah berturut2. Sekarang giliran saf kedua pula melakukan rukuk
dan seterusnya mendapatkan imam dan saf yg pertama pada rakaat kedua.
Bgitu seterusnya yg
berlaku di antara saf pertama & kedua iaitu bertukar ganti ke hadapan dan
kebelakang sehinggalah selesai solat & kedua2 saf itu akhirnya duduk
membaca tahiyat dan salam bersama2 imam.
Cara
2:
: Batn al-Nakhl
ialah solat apabila musuh bukan berada pada arah kiblat.ianya
berlaku pada solat yang dua,tiga atau
empat rakaat.
Imam bersolat dengan kumpulan pertama hingga selesai manakala
sekumpulan lagi mengawasi musuh.
Apabila kumpulan pertama selesai giliran mereka pula mengawasi
musuh manakala kumpulan yang jaga tadi melakukan solat pula dengan imam yang
sama.
Solat pertama bagi imam tersebut ialah fardhu manakala solat
kedua ialah sunat baginya. Bagi kedua- dua kumpulan itu hukumnya fardhu.
Cara
3: Zati al-Riqa' ialah solat yang mana
pihak musuh bukan berada arah kiblat atau musuh berada pada arah kiblat tetapi
terdapat penghalang diantara tentera musuh dan islam.
Buat
dua kumpulan,yang pertama solat bersama imam dahulu manakala kumpulan kedua
mengawasi musuh. Apabila imam berada pada rakaat kedua, makmum tersebut niat
mufarakah dan menyelesaikan solatnya secara bersendirian hingga keakhirnya
sedangkan imam tetap berada dlm kedudukan qiam.
Jika
solat maghrib,seeloknya kumpulan pertama solat dua rakaat mengikut imam dan
bakinya mereka selesaikan secara sendiri manakala kumpulan kedua solat satu
rakaat sahaja bersama imam. Adapun bagi solat yang empat rakaat, kedua-dua
kumpulan akan mendapat dua rakaat bersama imam.
Adapun
imam menuggu agar kumpulan pertama menyelesaikan solatnya dan kehadiran
kumpulan kedua pada tahiyat awal atau qiam pada rakaat ketiga.
Cara
4: Apabila
tentera islam menghadapi saat2 genting yg tidak boleh mereka bersolat
sebagaimana cara dia atas. Diharuskan bagi mereka bersolat sebagaimana yang
dapat bagi mereka seperti membawa kenderaan,berlari,berjalan, dalam keadaan
meniarap ataupun sambil menghayun pedang. Dalam situasi ini, dimaafkan bagi
mereka kerana tidak menghadap qiblat.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Rujukan:
Ustaz Zulkifli Mat Arof- Imam Muda
Ustazah Holdiyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan