Selasa, 25 Disember 2012


Aurat Wanita??

Bila sebut sahaja menutup aurat, ramai orang lebih memfokuskan kepada pemakaian tudung semata-mata. Jika tutup kepala dengan tudung, ia sudah dikira tutup aurat.Wanita muslimah terpengaruh dengan busana dan fesyen-fesyen barat dalam berpakaian. Dan ada diantara mereka tidak menyempurnakan kewajipan mereka dalam melaksanakan hijabul muslimah yang sebenar, mereka memakai tudung tapi tidak menutup aurat kecuali rambut sahaja, berbaju tapi ketat, pendek dan jarang.



Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud:
‘Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.’

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [33:59]

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita 
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah
 Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “
wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “
illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “
kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi
 Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. 

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) 
Yang dimaksudkan dengan
 hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu 

(a)
 libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan 
(b)
 libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). 

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Buat Wanita Akhir Zaman...


Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut:


“saya bersama-sama fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w, maka kami temui beliau dalam keadaan menangis. Kami bertanya kepada baginda: “apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”
baginda menjawab:
“pada malam aku diisra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”.
Saya bertanya lagi: "wahai Rasulullah apakah yang engkau lihat?”

baginda bersabda:

1. wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih

2. wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya yang di cabut dari belakang, sedangkan tar mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya

3. wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakang badannya, sedang air getah kayu zakum dituangkan ke keronkongnya

4. wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah umbun-unbun kepalanya, serta dibelit dibawah kekuasaan ular dank ala jengking

5. wanita yang memakan badannya sendiri, serta di bawah tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya

6. wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka

7. wanita yang bermuka hitam serta memakan usus-ususnya sendiri

8. wanita yang tuli, buta dan bisu di dalam peti neraka, sedang badanya mengalir darah dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga dan mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit

9. wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan

10. wanita yang berbentuk anjing sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka

Maka berdirilah Fatimah sambil berkata: “wahai ayahku, mata hati kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu? Rasulullah s.a.w bersabda: “hai Fatimah, ada pun tentang:

1. wanita yang di gantung dengan rambutnya, karana dia tidak menjaga rambutnya (ditutup) dikalangan lelaki

2. wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya

3. ada pun wanita yang digantung dengan payu daranya, karana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya

4. adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu, karana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dan haid dan nifas (keluar darah selepas melahirkan anak)

5. ada pun wanita yang memakan badannya sendiri, karana dia bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan aib orang lain

6. adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan oaring ramai, dengan maksud supaya mereka (orang ramai) itu melihat perhiasan, dan orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya

7. adapun wanita yang diikat kedua kakinya dan tangannya sampai keumbun-umbun dan di belit oleh ular dank ala jenking, karana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwuduk dan solat dan tidak mahu mandi wajib

8. adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti hamar kerana dia suka mengadu domba serta berdusta

9. adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, karana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya

Islam meletakkan wanita ke satu darjat yang tinggi dalam masyarakat, di mana wanita dianggap suci dan dipelihara serta dilindungi kesuciannya sehingga tiada yang boleh melihat auratnya kecuali keluarga yang rapat sahaja. Tujuan pemeliharaan ini adalah untuk menjaga kemuliaan masyarakat agar lahir di sana sebuah masyarakat yang terpelihara maruahnya.

Kewajiban menutup aurat ke atas wanita tidak boleh diperbahaskan menurut lojik akal semata bahkan perlu dilihat sebagai hak wewenangan Allah SWT dalam menentukan hukum demi memelihara kesejahteraan makhlukNya.

Islam menjadikan wanita itu indah pada pandangan lelaki, perhiasan dunia dan penyejuk mata. Ini berdasarkan beberapa ayat dan Hadis Rasulullah SAW. Lelaki pula dicampakkan rasa cenderung kepada wanita, dalam sesetengah keadaan menempati tempat pertama di hati lelaki berbanding perhiasan dunia yang lain seperti harta, pangkat dan lain-lain. Ini terbukti jika diperhatikan, anak remaja lelaki, dalam usia awal belasan tahun sudah pandai memuja wanita dan menyintai wanita sedang mereka belum merasai kehendak mengumpulkan harta dan merebut pangkat.

Allah SWT, Pencipta, Pemelihara dan Pengurus diri kita dan seluruh alam ini, Dia Maha Bijaksana, Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, menetapkan hukum menutup aurat ke atas wanita sesuai dengan fitrahnya yang halus, suci, pemalu dan indah, di samping di sana ada segolongan hambaNya yang lelaki yang sangat mengidamkan wanita, semua ini demi memelihara kesucian masyarakat dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada maksiat yang besar atau kecil seperti pergaulan bebas dan kemuncaknya ialah zina.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan